Friday, January 25, 2019

Pengalaman Menginap di Iskandar Sinsuran Home, Kota Kinabalu, Sabah


Weekend hari tu diriku sempatlah ke Kota Kinabalu, konon-konon Weekend Escape gitu 😎


Oleh kerana weekend escape ni memang singkat, kami memang decide untuk tak nak sewa kereta dan hanya mahu menggunakan khidmat grab, maka hotel yang menjadi sasaran kami mestilah yang berdekatan dengan banyak tempat supaya senang untuk bergerak.


Lepas usha-usha hotel bajet, diriku ditakdirkan menjumpai Iskandar Sinsuran Home ni dalam ruangan carian pakcik Google tu. Lepas buat perbandingan dengan beberapa hotel bajet yang lain, hotel ni menjadi pilihan kami. Sebelum book banyak juga baca review orang kata hotel ni okay. So, kami gamble je lah kan.


Hotel ni betul-betul bertentangan (depan) Pasar Kraftangan. Area Pasar Filipin tu. Jadi memang senang kalau nak shopping di pasar tu atau nak menjamu selera makan seafood di Dataran Todak (Todak Waterfront). Jalan depan sikit melepasi Pasar Besar dah nampak khemah-khemah peniaga.



Lokasi Iskandar Sinsuran Home. Memang betul-betul berdepan dengan Pasar Kraftangan.



Gambar di ambil depan hotel. Lintas je jalan tu dah boleh shopping ikan bilis mata biru 😃😃
Tak perlu guna transport. Jimat masa dan pastinya jimat duit.




Kalau nak ke hotel ni guna grab atau nak waze, cari " Pesona Arked". Tangga hotel ni tepi kedai Pesona Arked ni.
Oh ya, hotel ni di tingkat dua ek. 


Tangga di sebelah kiri Pesona Arked




Naik ikut tangga ni ek
Lokasi hotel ni rasanya betul-betul strategik sebab dekat bawah tu ada kedai runcit dan kedai makan. So, kalau nak breakfast sebelum gerak ke mana-mana lokasi boleh sarapan dulu kat kedai sini.


Ni kedai yang kami breakfast. Makanan dia sedap. Yummehhhh


Ni gambar toiletnya. Gambar bilik lupa pulak nak ambil. Masa check in tu dah penat sangat, tak terfikir nak ambil gambar dulu.



Harga hotel ni masa tengok di agoda.com RM52, tapi masa nak banyak tu ada problem. So, terlepas lah harga murah tu. Terpaksa la kami direct booking melalui hotel. Family room (untuk 3 orang) RM80 semalam.


Masa nak naik tangga ke hotel tu, ada nampak satu hotel lagi. Boleh jugak kot cuba hotel ni. Mana tau kot-kot okay jugak. Takde nak kena naik tangga tinggi lagi kan? huuuuu




No comments:

Post a Comment